Komando tentera Indonesia maut semasa latihan terjun udara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Seorang komando tentera maut semasa menjalani latihan terjun udara di Jakarta Timur pada Rabu menjelang ulang tahun ke-77 Tentera Udara Indonesia (TNI) pada 9 April.

Sarjan pertama Agung Dwano Karisma, anggota pasukan Reaksi Pantas atau Kopasgat menyertai latihan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.

TNI berkata, Agung dikejarkan ke hospital Tentera Udara Dr. Esnawan selepas kemalangan ‘boogie’ terjun udara.

Menurut kenyataan, lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Jenazah Agung telah dikebumikan di Soreang, Bandung pada Khamis. - Bernama