Sila log masuk terlebih dahulu.

'Tak sangka ayah tergamak pukul ibu'

06 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 APRIL 2023

Tak sangka ayah tergamak pukul ibu, itu rintihan anak sulung wanita yang maut dipercayai dipukul suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Mohamad Daniel Mohd Radzi berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana ke Melaka untuk membantu ibu saudara dan neneknya berniaga nasi dagang di bazar Ramadan.

Menurutnya, bapa tirinya baik dengan arwah ibu walaupun ada masanya mereka bergaduh.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com