Sila log masuk terlebih dahulu.

Tugu peringatan simbol memperingati nahas Double Six

06 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 APRIL 2023

Keputusan kerajaan Persekutuan untuk menurun taraf dan menyahklasifikasi laporan siasatan akhir berhubung insiden Double Six yang berlaku 47 tahun lalu membawa Sinar Harian ke Tugu Peringatan Double Six yang terletak di Sembulan lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Tugu itu dibina pada tahun 1977 iaitu setahun selepas kejadian nahas pesawat yang mengorbankan nyawa 11 individu termasuk Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens pada 6 Jun 1976.

Kejadian ini juga dikenali sebagai Tragedi Double Six kerana tarikhnya berlaku pada 6 Jun di mana pesawat yang dikendalikan Sabah Air bertolak dari Labuan ke Kota Kinabalu terhempas ketika melalui Sembulan.

Muzik: Nordic Noir dari www.bensound.com