Harga petrol, diesel kekal hingga 12 April

Bangunan Kementerian Kewangan.
Bangunan Kementerian Kewangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 6 hingga 12 April.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama.