Sila log masuk terlebih dahulu.

Sorok 32,000 liter diesel dalam tangki bawah tanah

05 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 5 APRIL 2023

Penemuan dua tangki bawah tanah membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis berhampiran kolam ikan di Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerusi Op Tiris sekitar jam 11 malam itu menemui 32,000 liter cecair disyaki minyak diesel bersubsidi bernilai RM76,160 tersimpan dalam tangki tersebut.

Pengarah KPDN negeri, Datuk Kamalludin Ismail berkata, turut ditemui lima unit pam penyedut minyak serta dua lori yang digunakan bagi tujuan membeli dan pengedaran minyak.

Artikel berkaitan: go.sinar.la/434lSz0

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #SinarHarian