Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes hadanah anak, Farid Kamil, Diana Danielle 30 Mei 

05 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 5 APRIL 2023

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Rabu, menetapkan 30 Mei depan untuk sebutan inter-parte (dua pihak) pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle berhubung hak penjagaan (hadanah) interim bagi dua anak mereka yang berusia 10 dan lapan tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlinda Alimin.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku pemohon berkata, mahkamah turut melanjutkan hadanah interim ex-parte (satu pihak) kepada pelakon Gol & Gincu itu, sehingga 30 Mei depan.

Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.

Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Artikel berkaitan: https://go.sinar.la/3GkEwJk

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian