Polis terima dua laporan kes baling batu pada kenderaan

Tangkap layar klip video yang dimuat naik di Facebook yang tular pada Selasa.
Tangkap layar klip video yang dimuat naik di Facebook yang tular pada Selasa.
A
A
A

BENTONG - Dua laporan polis diterima setakat ini berikutan membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Mempaga, dekat Lurah Bilut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, sebelum ini tular gambar dan rakaman video di Facebook mengenai insiden tersebut pada Selasa.

"Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan menerima dua laporan polis setakat ini.

"Bertindak di atas maklumat tersebut, kita sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat ini.

Batu yang dipercayai digunakan oleh pelaku. - Gambar ihsan PDRM
Batu yang dipercayai digunakan oleh pelaku. - Gambar ihsan PDRM

"Kita juga bekerjasama dengan penduduk setempat di Felda Mempaga dan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu untuk membuat rondaan serta pemantauan bagi mengesan suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama daripada semua pihak agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut menghubungi Pusat Kawalan Daerah(DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujar beliau.