Ajal di belakang lori

Pemandu kereta Proton Waja disahkan meninggal dunia selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian awal pagi Selasa.
Pemandu kereta Proton Waja disahkan meninggal dunia selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian awal pagi Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pada jam 4 pagi Selasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, PBK II Israhanafi Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai S Vitra Stevan, 44, yang memandu kereta Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat pemandu.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 4.19 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian. Kita dapati ada seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

"Kita membuat 'size up' di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota supaya memakai pakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap ketika melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas 'rescue tool'," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit.

Tambah beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.51 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.04 pagi," katanya.