Masukkan Hartal Doktor Kontrak sebagai ahli jawatankuasa

Kenyataan media Hartal Doktor Kontrak pada Isnin.
Kenyataan media Hartal Doktor Kontrak pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa digesa memasukkan Hartal Doktor Kontrak sebagai ahli dalam Jawatankuasa Peringkat Tinggi bagi mewakili para doktor kontrak di negara ini.

Sekretariat Hartal Doktor Kontrak berkata, tanpa perwakilan daripada pihak yang betul, usaha jawatankuasa tersebut dalam menyelesaikan isu doktor kontrak itu tidak akan memberi sebarang impak, sebaliknya sama seperti yang dilakukan oleh jawatankuasa lain sebelum ini.

"Dr Zaliha baru-baru ini bercakap tentang Jawatankuasa Peringkat Tinggi baharu untuk dibincangkan dan ditangani nasib doktor kontrak, kami percaya ia adalah salah satu langkah yang betul untuk dilakukan memandangkan ia melibatkan beberapa pegawai kementerian untuk mempercepatkan perbincangan dan analisis.

"Langkah seterusnya ialah menubuhkan suruhanjaya penjagaan kesihatan negara yang akan menyelia, memutuskan dan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan negara kita.

"Kami akan bekerjasama dengan Dr Zaliha dan menteri lain untuk mempercepatkan proses ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, Dr Zaliha berkata, kabinet bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi melibatkan beberapa kementerian dan agensi bagi menangani isu berkaitan doktor kontrak.

Ujarnya, pembentukan jawatankuasa itu beberapa hari sebelum mogok bakal dilancarkan sekumpulan doktor kontrak daripada sektor kesihatan awam.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, meskipun Hartal Doktor Kontrak tidak terlibat dalam mogok yang berlangsung selama tiga hari itu, namun akui hak doktor kontrak untuk bersuara dan mengadakan protes.

“Walaupun kami tidak terlibat, kami percaya adalah hak mereka untuk membantah dan meninggalkan keadaan protes kepada mereka.

“Kami berharap penjagaan pesakit tidak terjejas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh disambung semula sebaik protes selesai.

“Berdasarkan peristiwa baru-baru ini, kami ingin mengulangi bahawa kami tidak terlibat dan terlibat tiada pengaruh langsung atau tidak langsung dalam "Mogok Doktor Kontrak" yang diadakan hari ini,” ujarnya.