Chelsea pecat Potter

Potter
Potter
A
A
A

CHELSEA telah memecat pengendali, Graham Potter susulan prestasi hambar sejak mengambil alih pasukan tujuh bulan lalu.

The Blues telah jatuh ke tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Aston Villa walaupun membelanjakan lebih £500 juta (RM2.71 bilion) untuk pembelian baharu musim ini.

Bekas pertahanan Brighton, Bruno Saltor telah telah dilantik sebagai pengendali sementara pasukan tersebut.

Chelsea hanya memenangi tiga perlawanan dalam 11 perlawanan terakhir mereka tetapi telah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dan bakal menentang juara bertahan Real Madrid.

"Kami mempunyai tahap penghormatan tertinggi untuk Graham sebagai jurulatih dan sebagai seorang individu. Dia sentiasa menjalankan tugasnya dengan profesional serta berintegriti dan kami semua kecewa dengan keputusan ini.

"Kami mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana dan suku akhir Liga Juara-Juara di hadapan. Kami akan meletakkan setiap usaha dan komitmen dalam setiap satu daripada perlawanan itu supaya kami dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang," kata pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.

Potter menjadi pengurus kedua yang dipecat oleh konsortium yang diketuai oleh pemilik bersama LA Dodgers Boehly dan firma ekuiti persendirian Clearlake Capital pada musim pertama mereka memiliki kelab itu.

Thomas Tuchel, yang dilantik sebagai bos Bayern Munich minggu lalu, dipecat pada September, selepas lebih setahun memimpin Chelsea menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara.

Chelsea membayar £21.5 juta (RM116.7 juta) sebagai pampasan kepada Brighton untuk melantik Potter.