Rakyat Bulgaria mula mengundi pilihan raya awal

Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu. - Foto AFP
Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu. - Foto AFP
A
A
A

SOFIA - Rakyat Bulgaria mula mengundi dalam pilihan raya awal pada Ahad seawal 7 pagi waktu tempatan (0400GMT).

Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala 738 peti undi dibuka di 62 negeri, menurut Kementerian Luar, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 21 parti dan gabungan menamakan calon untuk merebut 240 kerusi Parlimen dalam pilihan raya berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Bulgaria memaklumkan pihaknya meningkatkan langkah keselamatan bagi pilihan raya itu.

Pemilihan pada Ahad merupakan pilihan raya umum kelima Bulgaria sejak April 2022 dengan harapan mampu mengatasi krisis politik di negara terbabit. - Bernama