NS rancang bina hospital pakar kedua

S Veerapan
S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan dalam perancangan membina hospital pakar kedua dalam usaha mengurangkan kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan sedia ada di negeri ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan S Veerapan (PKR-Repah) berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dipertimbangkan.

“Memang kita dalam cadangan pun dan sudah kemukakan kepada KKM untuk wujud hospital kedua di negeri ini. Jika ia dapat dibina, maka kesesakan yang kerap berlaku di hospital kerajaan dapat dikurangkan.

“Saya juga sudah buat lawatan di tapak tanah di Bandar Enstek milik KKM dan berharap hospital pakar kedua dapat dibina di sana,” katanya pada Persidangan DUN Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Senaling) berhubung adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membina hospital pakar kedua di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: