Dua maut akibat belon udara panas terbakar

Belon udara panas yang terbakar dalam kejadian di Teotihuacan, Mexico pada Sabtu. - Foto Twitter/Adela Micha
Belon udara panas yang terbakar dalam kejadian di Teotihuacan, Mexico pada Sabtu. - Foto Twitter/Adela Micha
A
A
A

TEOTIHUACAN - Dua maut manakala seorang kanak-kanak cedera selepas belon udara panas yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Teotihuacan, Mexico pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa, berdasarkan siasatan awal, kebakaran tercetus menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki melompat keluar dari belon udara panas tersebut bagi menyelamatkan diri.

Mangsa yang maut merupakan warganegara tempatan, manakala kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas dilaporkan mengalami kecederaan akibat melecur dan patah tangan.

Untuk rekod, kejadian berlaku di sebuah tapak warisan yang merupakan pusat pelancongan.

Pengunjung yang mengunjungi kawasan tersebut berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan menggunakan belon udara panas. - Awani