Penyanyi sambilan ditahan kes pukul anak angkat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang penyanyi sambilan di Ukay Perdana di sini pada Jumaat untuk siasatan dakwaan kes pukul anak angkatnya berusia 16 tahun.

Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan itu bertemu guru kaunselingnya sebelum mengalami muntah dan sukar bernafas.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang dirinya dipukul ibu angkatnya selain diugut bunuh ketika berada di rumah mereka.

Bimbang keselamatan mangsa, guru terbabit telah membuat satu laporan polis selain pelajar terbabit dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Kejadian dikatakan berpunca apabila mangsa ingin pergi solat tarawih, namun tidak dipercayai ibu angkatnya yang mengesyaki anaknya itu ingin keluar bertemu rakan lelaki.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak yang dihubungi mengesahkan penahanan wanita berusia 46 tahun itu.

“Ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah.

“Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017,” katanya pada Sabtu.