Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelajar tingkatan dua diejek 'gajah', kini jadi usahawan berjaya

01 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pernah diejek dengan gelaran 'gajah' oleh rakan-rakan sekolah disebabkan bertubuh gempal menjadi pemangkin semangat buat seorang pelajar tingkatan dua untuk bergelar usahawan muda, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Menurut Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, ejekan yang dilemparkan itu membuatkan dia nekad menurunkan berat badan selain tampil sihat.

Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban itu pernah tular di laman TikTok membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM1,800 ke sekolah.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Cpwr

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian