Sultan Selangor berkenan rasmi Majid Al Istiqamah

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Al Istiqamah, Kayangan Height.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Al Istiqamah, Kayangan Height.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Al Istiqamah, Kayangan Height ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di sini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Beberapa keping gambar sempena majlis berkenaan dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Sabtu.

Masjid Al Istiqamah dinaik taraf pada tahun 2018 mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa dan merupakan masjid kariah bagi kawasan Kayangan Heights, Desa Subang Permai, Monterez Golf and Country Club dan Sunway Kayangan.

Selangor Royal Office berkata, pada majlis sama, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf dari daerah Petaling terdiri daripada 116 orang fakir, 263 orang miskin dan 91 muallaf dengan masing-masing menerima sebanyak RM500.

"Baginda turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 daripada 4 buah syarikat dengan jumlah kutipan RM7.07 juta bagi tahun 2022.

"Baginda kemudian berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih bersama asnaf dan penduduk di sekitar Petaling," menurut kenyataan dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.