Hilang di Kuala Krai, jumpa di Pasir Puteh

Kereta yang diparkir berhampiran rumah mangsa di Sungai Durian, hilang pagi semalam ditemui hari ini.
Kereta yang diparkir berhampiran rumah mangsa di Sungai Durian, hilang pagi semalam ditemui hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Kereta Proton Wira berwarna perak yang hilang di Sungai Durian pagi semalam dijumpai di Pasir Puteh, hari ini.

Anak mangsa, Muhamad Danial Ariffin 26, berkata, dia amat bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak polis mengenai penemuan tersebut.

"Bagaimanapun saya belum menerima maklumat lanjut berhubung penemuan tersebut.

"Yang pasti saya benar-benar gembira kerana kereta inilah satu-satunya yang ayah ada," katanya.

Muhamad Danial berkata, sejurus diberitahu tentang penemuan kereta yang ditinggalkan di tepi jalan bapanya telah ke lokasi tersebut.

"Sehingga kini saya masih tunggu info polis dan ayah yang ke sana," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan sebuab kereta hilang diparkir berhampiran rumah mangsa hilang.

Kehilangan kereta tersebut disedari mangsa ketika hendak ke pasar pagi.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, satu laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.