Rumput padang Stadium Nasional diagih percuma esok

Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Zuraimee Zainal
Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Zuraimee Zainal
A
A
A

ORANG ramai khasnya pencinta rumput boleh mendapatkan rumput padang Cow Grass Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Perbadanan Stadium Malaysia ingin menawarkan rumput sedia ada secara percuma kepada orang awam pada tarikh tersebut bermula pagi dan petang Jumaat sempena dengan kerja-kerja penggantian rumput padang Stadium Nasional.

"Waktu pengambilan melibatkan dua sesi iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang sehingga 5 petang.

"Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian."

Perkhabaran itu dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia menerusi laman sosialnya menjelang proses menggantikan rumput baharu padang Rumah Harimau Malaya daripada Cow Grass ke rumput Zeon Zoysia.