3,128 kg minyak masak bersubsidi dirampas

Pegawai penguatkuasa KPDN menjalankan siasatan terhadap pemilik premis terbabit.
Pegawai penguatkuasa KPDN menjalankan siasatan terhadap pemilik premis terbabit.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas 3,128 kilogram (kg) minyak masak peket satu kilogram bersubsidi di sebuah premis pemborong makanan di sini, pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 3 petang itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN selepas menerima maklumat awam berhubung kesukaran untuk membeli minyak masak peket di premis terbabit.

Pengarah KPDN negeri, Jezlily Jamaluddin berkata, penyamaran dilakukan dengan membeli minyak masak peket itu sebanyak dua kali, namun pekerja premis terbabit memaklumkan tidak menjual bahan mentah susulan disebabkan kehabisan bekalan.

Sebanyak 184 kotak dianggarkan 3,128 kg di temui dalam stor simpanan di belakang premis terbabit.
Sebanyak 184 kotak dianggarkan 3,128 kg di temui dalam stor simpanan di belakang premis terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menemui 184 kotak dianggarkan 3,128 kg yang disimpan di dalam stor simpanan di belakang premis terbabit.

"Tindakan sitaan telah dibuat ke atas minyak masak berkenaan termasuk beberapa dokumen perniagaan seperti buku stok dan penyata jualan untuk tujuan siasatan. Nilai rampasan berjumlah RM7,820.

"Kita juga telah membuka satu kertas siasatan bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan bekalan 1961 kerana enggan menjual barang kawalan iaitu minyak masak peket satu kg bersubsidi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menegaskan, KPDN memberi amaran terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Artikel Disyorkan