Sila log masuk terlebih dahulu.

Ab Rauf ganti, Sulaiman ada masalah kesihatan: Zahid

A
A
A
BERITA SEMASA 30 MAC 2023

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan parti itu sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebagai Ketua Menteri Melaka baharu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Sementara itu, ditanya mengenai punca peletakan jawatan, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata ia disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi Datuk Seri Sulaiman.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian