PDRM perketat kawalan sempadan

 Surina Saad
Surina Saad
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan kawalan sempadan sepanjang 24 jam bagi mencegah sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pelbagai operasi dijalankan melibatkan elemen di dalam PDRM, antaranya Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

"Antara usaha dijalankan melibatkan beberapa operasi sempadan oleh PGA selain Op Pintas Kayang yang dilaksanakan JSJ melibatkan tangkapan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI), tekong darat serta rampasan mercun.

"Setakat Mac ini, 31 tangkapan PATI melibatkan lima tekong darat dan tiga kes rampasan mercun berjaya dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, setakat ini tiada kenaikan signifikan melibatkan jenayah rentas sempadan.

"Ini boleh dilihat berdasarkan musim perayaan tahun lepas, seramai 56 PATI termasuk dua tekong darat berjaya ditangkap selain dua tangkapan melibatkan kes mercun," katanya.