Sila log masuk terlebih dahulu.

Prasarana diarah cari penyelesaian LRT, MRT kerap rosak

A
A
A

BERITA SEMASA 28 MAC 2023

Kementerian Pengangkutan mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu teknikal dan masalah dihadapi perkhidmatan LRT dan MRT, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, mesyuarat khas itu bagi membolehkan Prasarana memberi laporan penuh kepada kementerian berhubung kekerapan gangguan perkhidmatan yang membimbangkan pengguna di ibu kota.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada semua penumpang terutama mereka yang bergegas pulang dari kerja ke rumah untuk berbuka puasa.

Artikel: https://bit.ly/40E71cG

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian