Conte hargai penyokong Spurs

Conte. Foto AFP
Conte. Foto AFP
A
A
A

ANTONIO Conte meluahkan penghargaan kepada penyokong Tottenham Hotspur dan semua warga kelab itu yang berkongsi 'cara hidupnya' selepas meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pengendali dari Itali itu melepaskan jawatan sebagai pengurus Spurs secara 'persetujuan bersama', Ahad lalu selepas 16 bulan membimbing pasukan di utara London itu.

“Penghargaan khas kepada penyokong yang sentiasa menyokong dan menghargai saya,” ujar Conte.

Perpisahan itu berlaku selepas dia menempelak para pemain ketika Spurs seri 3-3 di Southampton pada 18 Mac lalu.

Meskipun Spurs mendahului 3-1 dan Conte mengkritik anak buahnya sebagai tamak dan tidak mampu bermain dengan baik di bawah tekanan.

“Bola sepak adalah semangat dan kesungguhan.

“Saya berterima kasih kepada semua orang di Spurs yang menghargai dan berkongsi semangat serta cara hidup saya sebagai jurulatih bola sepak,” tulis Conte di Sporty Monday.

Jurulatih berusia 53 tahun itu mula membimbing Spurs pada November 2021 akan digantikan oleh penolongnya, Cristian Stellini sehingga akhir musim ini.

“Perjalanan kita bersama sudah berakhir dan saya harap anda menjadi yang terbaik pada masa depan,” ujar Conte.

Spurs ketika ini menduduki tempat keempat EPL, dua mata di depan pasukan tangga kelima, Newcastle, yang memiliki kelebihan dua perlawanan dan bersaing untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.