Gunung Ili Lewotok meletus semula

Gunung Ili Lewotolok mengeluarkan debu dan asap pada Jumaat. - AFP
Gunung Ili Lewotolok mengeluarkan debu dan asap pada Jumaat. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Gunung Ili Lewotok di Indonesa meletus pada Jumaat dengan mengeluarkan asap dan debu setinggi hampir satu kilometer di ruang udara dan mencetuskan pihak berkuasa mengenakan zon larangan di kawasan itu.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan akibat letusan itu yang turut menyebabkan asap gunung berapi menjulang sehingga 700 meter di kawasan terpencil di negara kepulauan Asia Tenggara tersebut.

Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi berkata pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian dua kilometer di sekitar kawah di wilayah Nusa Tenggara Timur dan menasihatkan penduduk tempatan memakai topeng bagi mengelakkan masalah pernafasan.

Ketua Agensi Geologi Negara, Sugeng Mujiyanto memberi amaran kepada penduduk menerusi kenyataan supaya mereka berwaspada terhadap potensi bahawa aliran lahar dan awan panas.

Letusan terakhir gunung berapa itu berlaku pada akhir 2020 yang mencetuskan amaran penerbangan dan penutupan lapangan terbang tempatan manakala ribuan lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka. - AFP