Casa de Madani tawar pengalaman selera Melayu, Eropah

Sebanyak 100 pilihan menu ditawarkan kepada pelanggan untuk merasai pengalaman hidangan authentic.
Sebanyak 100 pilihan menu ditawarkan kepada pelanggan untuk merasai pengalaman hidangan authentic.
A
A
A

CYBERJAYA - Tampil kelainan, Casa de Madani menawarkan selera tradisional Melayu dan Eropah sepanjang Ramadan ini.

Berkonsepkan semi bufet, sebanyak 100 pilihan menu ditawarkan kepada pelanggan untuk merasai pengalaman hidangan 'authentic'.

Casa de Madani menawarkan selera tradisional Melayu dan Eropah sepanjang Ramadan ini.
Casa de Madani menawarkan selera tradisional Melayu dan Eropah sepanjang Ramadan ini.

Selain nasi, lauk-pauk dan kuih-muih tempatan, pelanggan yang mahukan kelainan boleh berbuka puasa dengan aneka juadah pasta, roti, bubur dan juga sup.

Bagi melengkapi pengalaman buka puasa tersebut, pelanggan boleh memilih di antara Salmon Al Forno, Petto Di Pollo Con Spinaci ataupun Filetto Di Manzo Tartufo sebagai hidangan utama.

Salmon Al Forno merupakan filet ikan salmon bakar yang dihidangkan dengan sos salsa mangga dan sos hollandaise lemon.

(Dari kiri) Cef Casa De Madani, Hafizzudin Fuzi, Azizan dan Cef Pastri Casa De Madani, Norfarahani menunjukkan hidangan utama Semi Buffet yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadan di Casa de Madani.

Petto Di Pollo Con Spinaci pula merupakan hidangan dada ayam bakar dengan sos bayam dan thyme.

Manakala Filetto Di Manzo Tartufo pula ialah daging lembu bahagian tenderloin bersama sos krim kentang dan truffle.