Tak usah pertikai 12 kad merah

Perak FC muncul pasukan paling banyak menerima kad merah dalam saingan Liga-M setakat ini. - Foto FB KDA FC
Perak FC muncul pasukan paling banyak menerima kad merah dalam saingan Liga-M setakat ini. - Foto FB KDA FC
A
A
A

TINDAKAN pengadil melayangkan keseluruhan 12 kad merah kepada pemain dan jurulatih sepanjang lima perlawanan awal saingan Liga Super dan pusingan pertama Piala FA tidak seharusnya dipertikaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat pengadil melayangkan kesemua kad merah itu yang dianggap satu tindakan tepat.

“Dulu, kita selalu kata pengadil tidak ambil tindakan yang tegas. Sekarang apabila pengadil ambil tindakan tegas, ia juga dianggap salah.

“Di pihak MFL, saya tidak lihat mana-mana kad merah yang dikeluarkan adalah kad merah yang salah. Itu tidak menjadi isu setakat ini,” katanya baru-baru ini.