Sila log masuk terlebih dahulu.

Dugaan hari pertama Ramadan, ribut musnahkan khemah bazar

A
A
A
Dugaan hari pertama Ramadan, ribut musnahkan khemah bazar

BERITA SEMASA 23 MAC 2023

Hujan disertai ribut kencang yang melanda beberapa lokasi di Pekan Jitra dan kawasan berhampiran menyebabkan pokok tumbang dan khemah berterbangan dalam kejadian di Jitra pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, difahamkan sejumlah khemah gerai buah-buahan telah diterbangkan angin kencang ke jalan raya mengakibatkan laluan terhalang.

Terdapat khemah bazar Aidilfitri berhampiran sebuah pasar raya turut diterbangkan angin, selain kejadian pokok tumbang dilaporkan di beberapa kawasan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/251142/khas/ramadan/dugaan-hari-pertama-ramadan

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #Ramadan #Ribut #Kedah