Sila log masuk terlebih dahulu.

Kementerian nafi sekat 'live' TikTok Shahidan

A
A
A
BERITA SEMASA 23 MAC 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital menafikan dakwaan seorang ahli Parlimen pembangkang bahawa ia menyekat penstriman langsungnya di aplikasi TikTok semalam.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching membalas dakwaan ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa penstriman langsungnya di TikTok ketika beliau berbahas di Dewan Rakyat semalam disekat sementara.

Datuk Seri Shahidan mendakwa ia disekat selepas kementerian mengadakan libat urus dengan TikTok.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian