Sila log masuk terlebih dahulu.

Dewan Rakyat kecoh isu TikTok 'live' Shahidan terganggu

A
A
A
BERITA SEMASA 23 MAC 2023

Sidang Dewan Rakyat tegang apabila ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencelah sesi jawapan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi peruntukan Kementerian Komunikasi dan Digital oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Datuk Seri Shahidan membangkitkan rasa tidak puas hati tindakan TikTok memutuskan siaran langsung yang dibuat beliau di Dewan Rakyat sambil mempersoalkan sama ada KKD terlibat dalam mengawal tindakan seumpama itu.

Bagaimanapun, Teo Nie Ching memaklumkan KKD tidak terlibat kerana TikTok bukan di bawah kawal selia kementerian itu.

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian