Kane sudah lupakan kekecewaan Piala Dunia

Kane (tengah) bakal jadi watak penting pacu England dalam pusingan Kelayakan Euro 2024.
Kane (tengah) bakal jadi watak penting pacu England dalam pusingan Kelayakan Euro 2024.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate percaya Harry Kane sudah melupakan kekecewaan yang dialaminya ketika aksi Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Kapten Three Lions itu gagal menyempurnakan penalti ketika tewas kepada Perancis di peringkat suku akhir.

Kane akan memecahkan rekod antarabangsa Wayne Rooney sekiranya dia menjaringkan penalti tersebut selain berpotensi membawa England ke separuh akhir, namun tendangannya melepasi palang dan The Three Lions tewas 1-2.

Bagaimanapun, Southgate merasakan kegagalan terbabit tidak menghantui penyerang Tottenham Hotspur itu dan menyokongnya sebagai salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

"Kami telah melihat persembahan dan golnya untuk pasukan kelab dan saya percaya dia telah melupakan kegagalannya itu.

"Dia tahu dia akan menjadi watak penting untuk pasukan dalam kelayakan Euro dan menunjukkan kepada semua orang tentang kualitinya dalam pasukan England.

"Selain jaringan gol, Kane juga menyumbang banyak perkara dalam pasukan seperti kualiti hantaran dan sentuhannya. Dia pemain yang cemerlang dan kami sangat bertuah memilikinya," katanya.