Mancini mahu bina semula Itali

Mancini giat memikirkan untuk mencungkil bakat baharu bagi membina semula Itali yang digeruni dunia. - Foto Agensi
Mancini giat memikirkan untuk mencungkil bakat baharu bagi membina semula Itali yang digeruni dunia. - Foto Agensi
A
A
A

ITALI serius untuk membina semula pasukan baharu yang mantap susulan kegagalan skuad Azzurri melangkah ke Piala Dunia Qatar tahun lalu.

Pengendalinya, Roberto Mancini giat mencari jalan untuk mencungkil bakat baharu bagi membentuk generasi Itali pada masa depan ketika mereka akan memulakan kejohanan Eropah.

Itali akan melayan kunjungan England pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Jumaat ini.

Kegembiraan menewaskan England di Wembley pada final Euro 2020 dipadamkan ketika Macedonia Utara mengejutkan Itali tahun lalu.

Ketika pasukan besar dunia bersaing di Qatar, bola sepak Itali dan Mancini berteka-teki mengenai kedudukan mereka dan kesan akibat ketandusan pemain muda di negara yang sebelum ini kerap menampilkan pemain berkelas dunia.

Biarpun tiga kelab Itali mewarnai saingan suku akhir Liga Juara-Juara pertama kali sejak 2006, namun Mancini tidak merasai ia sebagai kejayaan buat Serie A.

“Mereka (Napoli, AC Milan dan Inter Milan) hanya ada tujuh atau lapan pemain Itali dalam pasukan mereka. Inilah realiti dan kita perlu lakukan sesuatu berbeza.

“Bola sepak Itali tidak dilahirkan semula. Jika ada 33 pemain Itali di padang, mungkin, jika separuh daripadanya Itali ia sudah mencukupi,” katanya.

Mancini merasai kekurangan penyerang dan menggunakan pemain sayap Leeds United, Willy Gnonto sebagai contoh bagaimana pemain muda tidak dipandang oleh kelab Serie A.

Itali akan menentang England dan Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan C - pertemuan yang akan mengingatkan kejayaan dan kejatuhan Mancini dalam kempen di Eropah.