Sila log masuk terlebih dahulu.

Norjuma diisytihar bankrap

A
A
A

BERITA SEMASA 21 MAC 2023

Mahkamah Tinggi di Georgetown hari ini, mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.

Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang difailkan syarikat terbabit melalui peguam Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober tahun lalu.

Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, Norjuma selaku penghutang gagal membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2021.

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa