Hari Hutan Antarabangsa

A
A
A
Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan (dua, kiri) menanam pokok sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa di Trail Taman Warisan di Ibu pejabat Jabatan Perhutanan Sabah hari ini.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Hutan Antarabangsa bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya memelihara dan memulihara khazanah hutan selain memupuk kesedaran tentang sumbangan hutan dan ekosistem hutan kepada kesejahteraan hidup manusia.

Gambar fail yang dirakam menerusi udara menunjukkan beberapa kawasan hutan berbukit di negeri ini ditarah dipercayai untuk tujuan pertanian.

Bertemakan Hutan dan Kesihatan, menyeru orang ramai untuk menyedari kepentingan hutan serta menyayangi alam sekitar kerana hutan yang sihat akan menjamin kesihatan manusia.

Hutan penting kepada biodiversiti kerana ia didiami oleh pelbagai flora dan fauna termasuk yang kian terancam oleh penebangan hutan dan pencemaran alam.

Artikel Disyorkan