Projek: High Council (2023)

Foto Twitter/ Public Health Malaysia
Foto Twitter/ Public Health Malaysia
A
A
A


1. Ramai yang memberi review positif untuk siri Project High Council yang ditayangkan Astro sejak 14 Januari 2023 sehingga 18 Mac 2023

2. Sinopsis: Kisah mengenai sisi gelap Sekolah Berasrama Penuh, KUDRAT dan konflik melibatkan dua beradik yang kebetulan masuk ke sekolah yang sama.

3. Pengarah: Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria terbitan Astro

4. Tidak dinafikan drama ini mempunyai banyak tarikan yang menarik dan penceritaan yang di luar kebiasaan produksi drama tempatan.

5. Barisan pelakon yang segar yang terdiri dari Hero Remaja 2020 & 2021 ternyata mempunyai tarikan yang tersendiri.

6. Merokok dalam kalangan pelajar sememangnya satu isu bagi sekolah sekolah berasrama penuh.

Namun, pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara TERBUKA seperti dalam drama ini. Adegan Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik dorm. Tiada pelajar yang akan merokok dalam bilik dorm kerana bau asap rokok kuat dan boleh dikesan warden.

Watak utama wanita Mia, yang merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok. Merokok semasa sedang dating. Ya, Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adegan ini berulang kali ditayangkan.

Watak adik beradik Naim dan Fakri merokok di halaman rumah, tiada ibu yang membenarkan anak bawah umur untuk merokok di laman rumah.

Rokok hanya diletak di dalam laci pelajar, bukannya di sorok di tempat yg lebih rumit. Guru yang menutup sebelah mata pelajar asrama merokok. Tiada guru/ warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka!

7. Ya, merokok memang antara masalah dikalangan pelajar. Tetapi dalam drama ini, Screen time adengan merokok terlalu banyak & keterlaluan.

8. Adakah terdapat tangan ghaib yang meminta produksi memasukkan begitu banyak adegan merokok yang tidak perlu ini?

9. Pemerhati aktiviti syarikat tembakau melihat situasi ini sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang ingin mahu budaya merokok terus kekal releven dikalangan pelajar

10. Mengukuhkan budaya normalisasi merokok dalam masyarakat yang sedia ada tegar.

Mungkin ramai yang akan memperlekehkan saranan ini. Namun inilah tanggungjawab sosial kami untuk memberi kesedaran kepada produksi dan masyarakat mengenai isu ini. Hentikan Promosi Merokok dalam Produksi Filem & Drama - Elakkan mengambil duit dana syarikat rokok. - Public Health Malaysia