Arsenal selesa benam Palace

Saka (dua dari kanan) menyumbat dua gol ketika membantu Arsenal mengalahkan Palace 4-1. - Foto AFP
Saka (dua dari kanan) menyumbat dua gol ketika membantu Arsenal mengalahkan Palace 4-1. - Foto AFP
A
A
A

ARSENAL mengekalkan rentak positif dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang buat kali keenam berturut-turut dengan menjadikan Crystal Palace sebagai mangsa terbaharu menerusi kemenangan 4-1.

Kemenangan skuad kendalian Mikel Arteta itu mengukuhkan The Gunners di puncak liga apabila meninggalkan pencabar terdekat Manchester City dengan lapan mata.

"Kami menunjukkan keazaman yang tinggi.

"Perasaan yang sangat bagus, terutama dengan cara kami bermain dan keputusan yang kami peroleh," ujar Arteta.

Pemain sensasi, Bukayo Saka menjadi pencetus kemenangan apabila meledak dua gol dalam aksi di Stadium Emirates itu.

Terdahulu Gabriel Martinelli membuka jaringan pada minit ke-28.

Jaringan itu menebus kekecewaan Martinelli, yang gagal menyempurnakan sepakan ketika penentuan penalti semasa tewas kepada Sporting Lisbon pada aksi 16 terakhir Liga Europa Khamis lalu.

Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Granit Xhaka yang menyumbat gol pada minit ke-55.

Gol saguhati Palace pula hasil sentuhan Jeff Schlupp pada minit ke-63.

The Citizens kurang satu perlawanan berbanding Arsenal dan akan bertemu pendahulu itu pada 26 April.

Misi mempertahankan kejuaraan anak buah Pep Guardiola masih belum berakhir.

"Saya kagum dengan semangat dan tenaga yang ditunjukkan pemain. Mereka perlu kembali daripada rehat antarabangsa dengan cara yang sama," kata Arteta.