Kessie pacu kemenangan Barca

Kessie menyumbat gol kemenangan ketika membantu Barca mengalahkan Real Madrid 2-1 awal pagi Isnin. - Foto: EPA
Kessie menyumbat gol kemenangan ketika membantu Barca mengalahkan Real Madrid 2-1 awal pagi Isnin. - Foto: EPA
A
A
A

BARCELONA meraih tiga mata berharga setelah melakar kemenangan ke atas Real Madrid 2-1 dalam aksi Clasico awal pagi Isnin.

Kemenangan itu mengukuhkan skuad bimbingan Xavi di puncak La Liga menerusi kelebihan 12 mata dengan pencabar terdekat, Real Madrid.

Impian Barca untuk menjulang trofi sejak kali terakhir memenangi pada esidi 2019 dipacu menerusi jaringan kemenangan Franck Kessie pada masa kecederaan.

Real Madrid yang dibimbing Carlo Ancelotti mendahului permainan menerusi gol sendiri Ronaldo Araujo, namun Barca menyamakan kedudukan apabila Sergi Roberto meledak sasaran sebelum rehat.

"Ia kemenangan minit akhir yang indah," kata Roberto.

Kedua-dua pasukan berpeluang memenangi aksi Clasico itu.

Marco Asensio menjaringkan gol untuk Madrid, namun dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Kessie kemudian meledak gol kemenangan Barca selepas menerima umpanan Alejandro Balde pada minit ke-92.

"Masih ada banyak baki perlawanan dan anda tidak boleh mengetepikan cabaran Madrid.

"Perbezaan dua mata belum selamat. Segalanya terletak di tangan kami dan ia sesuatu yang bagus," ujar Roberto.