Wanita sesak nafas ketika daki Bukit Wawasan

Seorang wanita mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Wawasan pada Ahad.
Seorang wanita mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Wawasan pada Ahad.
A
A
A

PUCHONG - Seorang wanita mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Wawasan di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.06 tengah hari.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi pada jam 12.10 tengah hari.

Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba.
Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba.

"Mangsa berumur 51 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas ketika menjalankan aktiviti pendakian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa kemudian dibawa turun dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk mengambil mangsa yang berada di atas bukit.

"Keadaan mangsa dilaporkan stabil sebelum diserahkan kepada petugas KKM," katanya.