Berbasikal sambil promosi konsep Telus dan Tulus

Ahli SHCT yang terlibat dalam Kayuhan Rimbayu turut mempromosikan konsep Telus dan Tulus diperjuangkan Sinar Harian.
Ahli SHCT yang terlibat dalam Kayuhan Rimbayu turut mempromosikan konsep Telus dan Tulus diperjuangkan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Aktiviti berbasikal bukan sahaja sekadar hobi biasa bagi Surau Hamideen Cycling Team (SHCT) apabila turut mempromosikan konsep Telus dan Tulus diperjuangkan Sinar Harian.

SHCT yang dipengerusikan oleh Hashim Anang sering menjalankan pelbagai program pada hujung minggu bagi menerokai dan melihat sendiri kawasan yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Menurut Komandan SHCT, Shamsulkamar Yaakub, pada minggu ini kumpulan berbasikal terdiri daripada 18 peserta termasuk berusia emas berkayuh sejauh 50 kilometer ke Rimbayu.

Peserta turut mengambil swafoto sebagai kenangan.
Peserta turut mengambil swafoto sebagai kenangan.

"Program minggu ini adalah Kayuhan Rimbayu. SHCT terus aktif beriadah sambil mengeratkan silaturahim malah sebahagian ahli sudah mencecah usia warga emas tetapi masih bertenaga dan aktif.

"Pagi ini kami berkayuh ke Rimbayu sejauh lebih 50 kilometer, sambil mempromosikan konsep Telus dan Tulus yang diperjuangkan Sinar Harian," katanya selepas berakhir kayuhan sejauh 50 kilometer itu.