Sila log masuk terlebih dahulu.

Maskot beruang sambut murid sekolah di Kedah

A
A
A

BERITA SEMASA 19 MAC 2023

Kemunculan maskot beruang menyambut kehadiran murid menggamit suasana ceria hari pertama persekolahan di SK Taman Uda, di Alor Setar, Kedah, pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Kehadiran murid di sekolah bagi memulakan sesi persekolahan Kumpulan A itu juga disambut oleh guru dengan murid turut diberikan saguhati sebagai pembakar semangat memulakan persekolahan mereka.

Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, seramai 334,426 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A di 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah.

Artikel: https://bit.ly/3YTlEHP

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian