12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador

Askar dan bomba membantu usaha menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Ecuador pada Sabtu. - Foto AFP
Askar dan bomba membantu usaha menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Ecuador pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - [KEMAS KINI] Gempa bumi kuat melanda Ecuador pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut Sekretariat Pengurusan Risiko negara itu.

Berukuran 6.7 pada skala Richter, gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan (1712GMT) dan sedalam lebih 65 kilometer.

Gegaran turut dirasai di Peru.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan di El Oro dan satu di wilayah Azuay, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa.

Namun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Bangunan musnah dalam kejadian gempa bumi di bandar Machala, Ecuador. - Foto AFP
Bangunan musnah dalam kejadian gempa bumi di bandar Machala, Ecuador. - Foto AFP



Presiden Guillermo Lasso berkata, pihak berkuasa sedang menilai kerosakan dan meminta penduduk agar bertenang.

Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital, katanya. - Bernama-Anadolu