Rais menang Ketua UMNO Tangga Batu

Rais (kiri) menerima ucapan tahniah daripada bapanya, Yasin Mohd Sarif.
Rais (kiri) menerima ucapan tahniah daripada bapanya, Yasin Mohd Sarif.
A
A
A

MELAKA - Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rais Yasin menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu setelah menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu.

Keputusan tidak rasmi Rais yang juga Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi, berjaya memperolehi 282 undi dalam pertandingan dua penjuru tersebut, manakala Mohamad Ali hanya kalah empat undi dengan memperoleh 278 undi.

Proses membuang undi Pemilihan UMNO 2023-2026 peringkat Bahagian dan Pusat diadakan di Hotel Lacrista Jalan Hang Tuah dengan menyaksikan 596 perwakilan yang hadir.

Difahamkan sebanyak tujuh undi rosak dan proses penjumlahan undi dilakukan sebanyak dua kali.

Keputusan rasmi dijangka diperolehi kira-kira jam 8 malam ini.