Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemain KDA FC pun terkejut jaringan berkelas dunia

A
A
A

BERITA SEMASA 18 MAC 2023

Pertahanan Kedah Darul Aman FC, Akmal Zahir mengakui terkejut dengan jaringannya selepas mencuba dari luar kotak penalti pada aksi kelima Liga Super 2023 pada malam Jumaat, malah penyokong turut menyifatkan gol itu sebagai rembatan berkelas dunia, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Jaringan pada minit ke-28 itu tercipta selepas bola tersebut sedikit melencong dan terus ke penjuru gawang pelawat walaupun penjaga gol Kuching City FC, Julian Garcia melayangkan diri untuk menepis percubaan Akmal.

Penolong Ketua Pasukan KDA FC itu menganggap jaringan tersebut sebagai rezeki termasuk satu lagi jaringannya menerusi tandukan pada minit ke-49 selepas memanfaatkan hantaran sepakan sudut yang diambil oleh Lee Tuck.

Artikel: https://bit.ly/3LxFBR9

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian