Mancini pertaruh tiga muka baharu

Mateo Retegui. FOTO: AGENSI
Mateo Retegui. FOTO: AGENSI
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini menamakan tiga pemain baharu dalam skuad 30 pemain ketika juara Euro 2020 itu memulakan kempen kelayakan Kumpulan C edisi 2024 menentang England dan Malta akhir bulan ini.

Penjaga gol Lecce, Wladimiro Falcone, pertahanan Torino, Alessandro Buongiorno dan penyerang Atletico Tigre, Mateo Retegui merupakan tiga muka baharu disenaraikan dalam skuad kebangsaan buat kali pertama, menjadikan jumlah pemain The Azzurri yang Mancini 102 orang.

“Kami telah mengikuti Retegui untuk sementara waktu, dia bermain secara kerap dalam liga Argentina selama dua musim. Dia mempunyai kualiti yang pasukan Itali tiada pada masa ini,” kata Mancini.

Bagaimanapun Mancini mengakui dalam dilema dalam pemilihan penyerang selepas Ciro Immobile mengalami kecederaan manakala pemain Napoli, Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca dari West Ham United kekurangan minit permainan bersama kelab masing-masing.

“Raspadori adalah pemain penting bagi kami tetapi dia pula tidak mempunyai banyak minit permainan.

“Scamacca pula baru pulih daripada kecederaan menyaksikan dia tidak bermain terlalu banyak perlawanan.

“Sejujurnya pemain boleh meningkatkan prestasi mereka sekiranya mereka mendapat lebih kerap bermain bersama pasukan masing-masing,” katanya yang menyertakan Scamacca ke dalam skuad manakala Raspadori diketepikan.

Sebagai rekod, Itali akan menjadi tuan rumah kepada England di Naples pada Khamis dan kemudian ke Malta pada 26 Mac.

SKUAD ITALI

Penjaga Gol:

Gianluigi Donnarumma, Wladimiro Falcone, Alex Meret, Ivan Provedel.

Pertahanan: Francesco Acerbi, Leonardo Bonucci, Alessandro Buongiorno, Matteo Darmian, Giovanni Di Lorenzo, Federico Dimarco, Alessio Romagnoli, Giorgio Scalvini, Leonardo Spinazzola, Rafael Toloi.

Pemain Tengah:

Nicolo Barella, Bryan Cristante, Davide Frattesi, Jorginho, Lorenzo Pellegrini, Matteo Pessina, Sandro Tonali, Marco Verratti.

Penyerang:

Domenico Berardi, Federico Chiesa, Wilfried Gnonto, Vincenzo Grifo, Simone Pafundi, Matteo Politano, Mateo Retegui, Gianluca Scamacca.