Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemilihan UMNO: Persaingan Ahmad Maslan, Hasni bermula

A
A
A

BERITA SEMASA 18 MAC 2023

Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian, Johor di Dewan Jubli Intan Pontian, bermula seawal jam 9 pagi, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Dianggarkan seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan akan mengundi bagi menentu kepimpinan baharu UMNO Bahagian Pontian serta pimpinan pusat membabitkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian, penyandangnya, Datuk Seri Hasni Mohammad akan dicabar Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://bit.ly/402qweX

#BeritaSemasa #SinarHarian #Pemilihan #UMNO