X

Kindly register in order to view this article
!

KBS dalam usaha bawa kumpulan K-Pop BTS ke Malaysia

Syed Saddiq ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media khas sempena Setahun PH di Kementerian Belia dan Sukan, di sini hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.

“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia,” katanya pada sidang media khas sempena Setahun PH di Kementerian Belia dan Sukan, di sini hari ini.

Pada masa sana, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan usaha tersebut dilakukan kerana dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.

“Industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira AS$D4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP, baru-baru ini.

“Contoh lain adalah konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana berjaya menarik 45,000 pengunjung dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual. Kejayaan ini telah menarik minat penganjur-penganjur lain,” katanya.

Jelas beliau lain, pihaknya juga komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai hab industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.

Sebelum ini, Tony mengeluarkan kenyataan di laman Twitter rasminya bahawa beliau sedang berkerja keras bagi merealisasikan impian BTS Army.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!