'Ini skuad Harimau Malaya paling mantap'

Brendan Gan antara sandaran Pan-gon dalam dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini. Gambar kecil: Sathianathan
Brendan Gan antara sandaran Pan-gon dalam dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini. Gambar kecil: Sathianathan
A
A
A

BARISAN 27 pemain dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk dua aksi persahabatan disifatkan antara skuad terbaik dimiliki pengendali Harimau Malaya itu.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, kehadiran pemain naturalisasi baharu kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Endrick dos Santos selain pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine memberikan nilai tambah kepada pasukan.

“Tindakan Pan-gon adalah tepat apabila memanggil senarai 27 pemain itu berdasarkan empat perlawanan awal Liga Malaysia.

“Mungkin pemain-pemain baharu yang dipanggil itu beliau tak kenal, tetapi beliau tahu pemain itu boleh bermain. Jadi, daripada sini beliau boleh melakukan penilaian.

“Lagipun, kehadiran Josue, dos Santos dan Nooa sememangnya diperlukan untuk mengukuhkan pasukan negara.

“Walaupun ini bukan senarai akhir, namun saya melihat ini adalah pasukan Harimau Malaya yang mantap dan mungkin ada sedikit perubahan sahaja lagi yang perlu dilakukan Pan-gon dalam proses memutuskan skuad nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac disusuli menentang Hong Kong pada 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Selain Josue, dos Santos dan Nooa, penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel, Damien Lim (Sabah FC), Fayadh Zulkifli Amin (Kedah Darul Aman FC), pemain JDT yang dipinjamkan ke Sabah FC, Daniel Ting dan pemain muda Harimau Selatan, Feroz Baharudin turut melakukan penampilan pertama.

Dalam pada itu, Sathianathan turut meramalkan Pan-gon sudah mempunyai perancangan beberapa pemain yang mungkin berada dalam senarai awal ke Piala Asia.

“Ada yang beliau dah kenal pasti, namun ada yang dia belum kenal secara terperinci pemain tertentu. Sebab itu, beliau memanggil pemain-pemain baharu ini untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan.

“Ini juga peluang untuk pemain menunjukkan kualiti mereka dan buktikan boleh beradaptasi dengan taktikal Pan-gon,” katanya.

Senarai 27 Pemain Ke Latihan Pusat Harimau Malaya

1. Ahmad Syihan Hazmi (JDT)

2. Shahrul Mohd Saad (JDT)

3. Corbin-Ong (JDT)

4. Arif Aiman Hanapi (JDT)

5. Akhyar Rashid (JDT)

6. Matthew Davies (JDT)

7. Syafiq Ahmad (JDT)

8. Syahmi Safari (JDT)

9. Syamer Kutty Abba (JDT)

10. Muhamad Feroz Baharudin (JDT)

11. Endrick dos Santos (JDT)

12. Darren Lok (Sabah FC)

13. Dominic Tan (Sabah FC)

14. Stuart Wilkin (Sabah FC)

15. Daniel Ting (Sabah FC)

16. Damien Lim (Sabah FC)

17. Brendan Gan (Selangor FC)

18. Faisal Halim (Selangor FC)

19. Quentin Cheng (Selangor FC)

20. Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC)

21. Kalamullah Al Hafiz (KDA FC)

22. Muhammad Fayadh Zulkifli (KDA FC)

23. Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)

24. Paulo Josue (KL City FC)

25. Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan FC)

26. Dion Cools (Buriram United, Thailand)

27. Nooa Laine (SJK Seinajoki, Finland)

Perlawanan Persahabatan

23 MAC

Malaysia lwn Turkmenistan

Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam

28 MAC

Malaysia lwn Hong Kong

Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam