Sila log masuk terlebih dahulu.

Shahidan bangkit isu minum minyak sawit jadi awet muda

A
A
A
BERITA SEMASA 15 MAC 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membangkitkan isu minum minyak sawit merah kekal muda yang pernah disarankan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga merupakan bekas Menteri Industri Utama, ketika beliau mempromosikan minyak sawit Malaysia di luar negara.

Datuk Seri Shahidan berkata selepas Ahli Parlimen Seputeh selesai balik daripada membuat promosi minyak sawit di Afrika, beliau terus memberi saranan kepada rakyat Malaysia bahawa jika minum minyak kelapa sawit ianya bagus untuk kesihatan dan juga awet muda.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Seputeh menafikan bahawa beliau pergi ke Afrika hanya untuk mempromosikan kemampanan minyak sawit Malaysia.

#BeritaSemasa #SinarHarian