Arteta fokus mentaliti menang

Arteta. - Foto AFP
Arteta. - Foto AFP
A
A
A

ARSENAL tidak akan mengendurkan semangat mereka untuk memburu kejuaraan Eropah dan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama sejak kali terakhir memenanginya pada edisi 2003/04.

Pengurusnya, Mikel Arteta optimis The Gunners mampu bersaing dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

"Keutamaan kami adalah kedua-dua kejohanan," ujar Arteta.

Berbaki 11 aksi EPL, Arsenal ketika ini menerajui carta dengan lima mata berbanding pasukan tangga kedua, Manchester City.

Kelab London itu mempunyai pilihan untuk fokus kepada trofi EPL dan mengenepikan pemburuan gelaran di peringkat Eropah.

Arteta bagaimanapun mempunyai pilihan sendiri iaitu mahu mengekalkan budaya kemenangan yang kian pudar sejak dua dekad lalu.

The Gunners menanti kunjungan Sporting Lisbon pada aksi kedua saingan 16 terakhir Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Persaingan kedua-dua pasukan masih terbuka selepas terikat 2-2 di Portugal minggu lalu.

"Cara terbaik untuk bersedia bagi sebarang kejohanan ialah menang perlawanan sebelumnya.

"Ia bagi mendapat keyakinan dan emosi yang betul untuk perlawanan seterusnya," ujar Arteta.