Bungkusan ekstrak ganja: Tiada tangkapan setakat ini - Polis

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih tiada sebarang tangkapan berhubung kes bungkusan berisi ganja yang mahu diberikan kepada dua ahli politik negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan namun tiada tangkapan dilakukan.

"Masih tidak ada sebarang tangkapan tetapi kami masih meneruskan siasatan," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, polis merampas bungkusan disyaki berisi ubat gigi ekstrak daun ganja di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, di sini pada Jumaat.

Seorang lelaki yang juga petugas di pejabat pertanyaan di sebuah kementerian telah menerima satu panggilan telefon memaklumkan ada satu bungkusan di atas nama dua ahli politik.

Berdasarkan maklumat yang diterima, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang dan pada minggu lalu, pejabat ahli politik terbabit turut terima satu bungkusan mengandungi ‘daun kanabis