Sila log masuk terlebih dahulu.

Dewan Rakyat terhibur Shahidan buat 'live' guna 3 telefon

A
A
A
BERITA SEMASA 13 MAC 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menghiburkan Dewan Rakyat seketika apabila beliau bersiaran langsung melalui tiga telefon semasa sesi perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, gajet yang dipakai tersebut khas untuk orang muda yang dipancarkan melalui tiga saluran di media sosial.

Dalam sesi perbahasan itu, beliau berkata sekiranya kerajaan mampu menyelesaikan isu Beting Patinggi Ali maka pentadbiran Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah kerajaan yang terbaik.

#BeritaSemasa #SinarHarian